Cari Blog Ini

Jumat, 16 Oktober 2009

PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA: LINGUISTIK SEBAGAI ILMU (LATAR, PENGERTIAN, CIRI, DANN TAHAP)

PENGERTIAN LINGUISTIK

Ø Kajian tentang bahasa manusia.

Ø Kajian tentang bahasa manusia itu dilakukan dengan cara ilmiah.

Ø Hipotesis, pemerhatian, penelitian dan penganalisisan dibuat secara empiris dan terkawal.

Ø Berteraskan apa-apa yang dapat dilihat, mengetepikan andaian yang bersifat mujarad.

Ø Bersifat objektif, dan hasilnya dapat diuji kesahan dan keboleh percayaannya.

Ø Struktur bahasa, penguasaan bahasa dan hubungan bahasa dengan bentuk komunikasi lain.

Ø Ujaran manusia yang meliputi kesatuan bahasa, hakikat bahasa, struktur bahasa, dan perubahan bahasa

LINGUISTIK: PENGERTIAN LUAS

> Segala yang membicarakan soal bahasa.

> Tidak mengambil kira pendekatan yang digunakan dan tujuannya.

> Termasuk juga linguistik terapan, dan

> Hasil kerja penelitian dan hasil teoritis.

LINGUISTIK: PENGERTIAN SEMPIT

* Hasil penelitian dan teoritis.

* Kajian tentang subsistem bahasa (leksikon, gramatikal, dan fonologi).

* Termasuk semantik dan pragmatik (hubungan struktur bahasa dan sistem dengan konteksnya).

Linguistik merupakan ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa

Contoh:

a. Ilmu fisika objeknya peristiwa alam

b. Ilmu pengobatan/kedokteran objeknya berbagai penyakit dan cara pengobatan

Linguistik berasal daripada bahasa Latin lingua yang berarti bahasa. Terdapat tiga istilah penting dalam konteks ini, yaitu:

Langue bahasa tertentu seperti bahasa Melayu, bahasa

Hindi, bahasa Arab…

Langage bahasa secara umum, dan bersifat mujarad.

manusia ada bahasa, binatang tidak.

Parole bahasa dalam kewujudan yang nyata, yang berupa

ujaran.

Selain linguistik, terdapat juga ilmu lain yang menjadikan bahasa

sebagai objek kajian.

1. Kesusasteraan wadah seni, pengungkapan karya seni, penciptaan keindahan.

2. Sosiologi alat interaksi sosial dalam masyarakat.

3. Psikologi gejala kejiwaan.

4. Fisika, phenomena alam

Bahasa sebagai sistem bukan sahaja bersifat sistematik tetapi juga bersifat sistemis.Sistemis bermaksud bahasa terdiri daripada subsistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantic Dalam BM, kata linguistik bukan sahaja bermaksud ilmu tentang bahasa, tetapi juga bermaksud bahasa itu sendiri.

RUMUSAN PENGERTIAN LINGUISTIK

* Ilmu pengetahuan yang objeknya bahasa lisan dan tulisan.

* Mempunyai ciri: sistematik, rasional, empiris, pemerian struktur, pembahagian dan aturan bahasa.

* Ciri tersebutlah yang dikatakan ilmiah.

* Linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah.

* Linguistik dapat dianggap sebagai sains.

* Sains ialah pengetahuan yang disusun dalam satu sistem yang berteraskan pengamatan, kajian dan pengalaman untuk menentukan hakikat dan prinsip tentang perkara yang dikaji.

TEORI LINGUISTIK

Teori digunakan dalam lima dimensi, iaitu:

1. Struktur yang terjadi daripada konsep yang bertalian. Semuanya tertumpu pada pengamatan dan andaian dalam ilmu yang berkaitan.

2. Proses penyelidikan yang berasaskan logika, bukannya eksperimen.

3. Prinsip yang berkait dengan praktis ilmiah dalam menemukan kebenaran ilmu.

4. Perangkap kaedah atau prinsip untuk pengkajian masalah ilmiah dalam dunia kecendekiaan.

5. Gagasan, penjelasan atau pemikiran tentang sebab terjadinya sesuatu fenomena

TEORI LINGUISTIK

Teori linguistik ialah subdisiplin linguistik yang membahas bahasa dan ilmu bahasa dari sudut pandangan teori tertentu. Contohnya:

1. Teori Tradisional

2. Teori Struktural

3. Teori Transformasional

4. Teori Tagmemik

1. Teori linguistik dikenali sebagai Induk Linguistik kerana melaluinya terpancar wawasan liku-liku bahasa yang digunakan dalam linguistik terapan.

2. Teori linguistik amat bermanfaat untuk membuat deskripsi, klasifikasi dan penjelasan terhadap peristiwa bahasa dini dan kini.

3. Teori linguistik juga merangkumi fakta di luar data yang dikaji. Oleh itu, istilah generatif yang bermaksud jangkauan ramalan masa hadapan sering digunakan.

4. Terdapat dua kategori teori linguistik, iaitu Teori kurang mujarad

(low level theory) dan Teori Mujarad (high level theory).

CIRI KEILMUAN LINGUISTIK

* Rapi, teratur baik dan tertib.

* Mantap, tidak berobah dan stabil.

* Ekonomis, jimat, tidak mubazir dan tidak berlebihan.

* Mudah, tidak sukar, gampang, dan senang.

* Tuntas dan berguna berasaskan teori yang tersusun.

* Eksplisit, tiada makna ganda, disusun dan dirumuskan secara tuntas.

* Sistematik, berperaturan, berpola dan generalisasi utuh, kesatuan tunggal dan senada.

* Objektif, pemerian sifat, hakikat, keadaan seadanya, kewujudan hakiki bebas daripada pertimbangan peribadi.

LINGUISTIK SEBAGAI ILMU

Pengetahuan dapat dianggap ilmu jika memenuhi kriteria berikut:

a. Pengetahuan itu mestilah teratur dan sistematik.

b. Pengetahuan itu bersifat progresif, dan semakin tinggi kualitinya.

c. Pengetahuan itu mempunyai autonomi, iaitu bersifat bebas.

d. Pengetahuan itu mempunyai objek.

Berasaskan kriteria itu, linguistik dapat dianggap sebagai ilmu pengetahuan, dan satu disiplin yang berautonomi, serta mempunyai objek. Objek linguistik ialah bahasa manusia.

TAHAP PERKEMBANGAN LINGUISTIK

* Tahap spekulasi: Kesimpulan dibuat tanpa bukti empiris dan tatacara tertentu. Contoh – asal kejadian bumi dan bahasa…

* Tahap pemerhatian dan klasifikasi: Penggolongan segala fakta bahasa dengan teliti tanpa teori tertentu.

* Tahap perumusan teori: Pemahaman masalah dasar/persoalan berasaskan data, dirumuskan hipotesis dan tatacara pengujian hipotesis.

* Linguistik yang mengalami ketiga-tiga tahap itu dianggap ilmiah.

* Linguistik mementingkan data empiris dalam penelitiannya. Data boleh dianalisis dengan cara induktif atau deduktif.

* Linguistik berusaha menemukan pendekatan dan kaedah hakiki bahasa yang diteliti. Oleh itu, linguistik dikenali sebagai ilmu nomotetik, dan tidak terhenti pada satu titik kesimpulan.

2 komentar:

  1. kalau di Indonesia kn di sebut Linguistik. Bagaimana dengan negara lain? Mereka mnyebutnya apa? Apakah linguistic jg ?

    BalasHapus
  2. apa linguistik itu termasuk sama dengan penerjemahan??
    dan manfaat dari linguistik itu sendiri?

    BalasHapus